Oleh Hamdani Mulya & Rosli K. Matari
lamurionline.com -- Aceh di bumi Indonesia memang sedia dikenalisebagai Serambi Mekah. Tetapi tahukah andabudiman, di seberang sana, di negara tetanggakita juga terdapat sebuah negeri yang turutterkenal dengan gelaran yang sama?
Negeri yang dimaksudkan ialah negeri Kelantan, terletak di pantai timur pada SemenanjungMalaysia, turut masyhur dengan jolokan SerambiMekah. Negeri ini bertetangga dengan Thailand, khasnya Selatan Thailand. Tidak hairan, Selatan Thailand didiami sebahagian besar masyarakatMelayu beragama Islam, justeru bertetanggadengan Kelantan.
Oleh itu, Aceh dan Kelantan adalah sudah lama dalam sejarah terkemuka sebagai NegeriSerambi Mekah.
Pada hubungan bagi mengakrabkan lagi kedua-dua Serambi Mekah ini, pertubuhan terkemukaaktif dan dinamik di Kelantan dan Malaysia – iaitu Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), baru-baru ini telahmencapai kesepakatan dengan potretonline.com, pada usaha menjalin jambatan sastera Kelantan – Aceh.
“Aspirasi murni ini akan dapat memperkenalkandan merapatkan lagi saling kenal, hormat, kasihsayang, serta ukhwah dan solidariti antarapengarang dan penyair Kelantan – Aceh,” ujarPresiden PERADABAN, YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman.
YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman
Beliau merupakan mantan Ketua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, jugaadalah pemikir, budayawan dan penyair terkenalMalaysia. Di samping, penerima banyakanugerah di negaranya dan luar negara.
“Langkah pertama aspirasi solidariti ini kita mulaidengan usaha menerbitkan sebuah antologipuisi, pada judul Pada Pohon Cabang DuaBelah. Selanjut nanti, mudah-mudahan dapatdisusulkan lagi dengan terbitan pelbagai karyakreatif lain lagi dalam jambatan sastera ini,” ujarbeliau lagi.
Kini mulai dilaksanakan penyiapan antologi puisiini melalui usaha oleh baris penyelenggara terdiridaripada Tabrani Yunis dan Hamdani Mulya(Aceh) serta Sasterawan Negeri Kelantan Rosli K. Matari.
Bagi barisan penyair dan puisi sebagai mewakiliAceh, antologi ini akan memilih dan memuatkankarya dari potretonline, serta karya para penyairpelosok Indonesia yang pernah memanfaatkanpotretonline.
Penerbitan ini tidak bermatlamatkan komersialmelalui kerjasama PERADABAN & potretonline.com sebagai terbitan bersama.
Diterbitkan sebagai buku melalui talian mayabagi membolehkan para pembaca danmasyarakat dapat memanfaatkan bacaan secaralebih mudah, luas serta merentas negara.
Peluncuran antologi penting ini adalah padahujung Februari nanti, dirasmikan oleh YB. Mejar(B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa PerpaduanMasyarakat, Kebudayaan, Warisan danPelancongan Negeri Kelantan.
Peluncuran ini secara talian maya, dijangkabertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Para penyair boleh menyemak pada potretonlineini melalui Semak – Puisi Anda Terpilih bagimengetahui adakah karya anda budiman ikuttermuat dalam antologi puisi jambatan sasteraKelantan – Aceh ini.
0 facebook:
Post a Comment